JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Monday, January 29, 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN PAKAIAN SEKOLAH OLEH PERSATUAN PENGANUT DEWA WONG LOW SING SZE CHEE LOCK YUEN JINJANG UTARA

Pada hari ini 29 Januari 2018, telah berlangsungnya sesi penyampaian pakaian sekolah kepada murid - murid kurang berkemampuan di SK St. Mary. Sumbangan ini disampaikan oleh wakil Persatuan Penganut Dewa Wong Low Sing Sze Chee Lock Yuen Jinjang Utara. Majlis penyampian bantuan ini diadakan di Ruangan Bercerita Pusat Sumber Sekolah.
Turut hadir bersama iaitu Guru Besar, Cik Ngan Wai Fun semasa penyampaian bantuan dijalankan.


Seramai 93 orang murid yang menerima sumbangan pakaian sekolah pada hari ini. Mereka semua kelihatan begitu gembira. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada persatuan ini atas usaha murni yang mereka laksanakan untuk murid-murid di SK St. Mary.

Puan Yusnita, Puan Siti Norlisa dan Cik Ngan Wai Fun bergambar bersama wakil-wakil persatuan yang hadir pada hari ini. Puan Yusnita merupakan penyelaras sesi bantuan pada hari ini.



 
Video ucapan terima kasih daripada semua penerima bantuan kepada persatuan yang memberikan sumbangan kepada mereka. Semoga berjumpa lagi di lain sesi. Terima kasih sekali lagi.
 
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment