JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Wednesday, February 28, 2018

PROGRAM S.U.I.T FEBRUARI 2018 | TAHNIAH SEMUA

Pada hari ini, 27 Februari 2018, Unit Hal Ehwal Murid bersama Unit Bimbingan dan Kauseling sekolah telah menjalankan penyampaian anugerah Program SUIT. Murid - murid yang terpilih merupakan hasil penilaian dan pemilihan oleh rakan-rakan mereka di setiap kelas.

Rasionalnya ialah :-

Keperibadian dan etika yang tinggi
+
Pencapaian akademik yang baik
=
Individu untuk berjaya

Program ini bertujuan mencari murid holistik yang dikenalpasti oleh warga guru serta murid sendiri dan memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat penilaian kendiri.

d


















Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk mempamerkan sifat dan sikap murni dan mengambil peluang dari persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang dan intelek yang dapat diterjemah melalui kemenjadian murid yang hebat, iaitu Individu Terbilang. 
 
Program ini pada akhirnya dapat memenuhi Keperluan Hasrat Diri (Teori Hierarki Keperluan Maslow) yang berkaitan dengan keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri seseorang murid yang mempunyai sahsiah unggul dan holistik
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment