JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Wednesday, February 28, 2018

TARIAN SINGA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2018

Murid - murid amat teruja dengan kehadiran Singa ke sekolah pada hari ini.
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. 
 
Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. 
 
Murid - murid menyaksikan persembahan yang dilakukan oleh Singa - singa yang hadir.
  
Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
 
Turut bergambar sebagai tanda kenang - kenangan. 
Para guru tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama 3 ekor Singa yang hadir pada sambutan CNY kali ini.
 
Singa sedang bersiap sedia..
 








Antara kumpulan murid yang membuat persembahan.

Bekas guru dan AJK PIBG serta AJK KSIB SK St. Mary turut hadir bersama untuk memeriahkan sambutan pada tahun ini.

Yee-Sang
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment