JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Saturday, April 14, 2018

GOTONG-ROYONG DI RUANG REHAT KANTIN SEKOLAH | V4KL DBKL

 
Pada hari ini 14 April 2018 telah berlangsungnya Gotong-royong Perdana PIBG bersama V4KL dan DBKL. Gambar di atas menunjukkan keadaan semasa proses memperindah ruang rehat kantin sekolah sedang dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru.

Tayar-tayar terpakai digunakan sebagai tempat duduk di ruangan rehat kantin sekolah.

Tayar-tayar ini diwarnakan dengan warna-warna yang menarik dan cantik.

Kawasan sekitar longkang juga dipastikan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat oleh krew-krew di sini.

Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba mengecat tayar-tayar terpakai ini bersama ibu bapa dan guru.

Cantiknya warna oren kan..hihihi

Sarah dan Emelda tidak sabar untuk mengecat tayar-tayar ini...

Krew - krew berkerjasama memastikan ruangan rehat ini dapat disiapkan pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang tayar-tayar terpakai ini untuk digunakan di ruang rehat kantin sebagai tempat duduk.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment