JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, July 31, 2018

JOHAN PERTANDINGAN PIDATO KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Lagi Kejayaan Puteri Jelita SK St. Mary 🌹

 
Pada hari ini telah berlangsungnya Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertempat di SK Seri Kepong 💐

Puteri Jelita SK St. Mary iaitu Nur Hanedz Binti Mohd Riadz sebagai wakil Zon Sentul telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Sekolah Rendah yang melibatkan 54 sekolah keseluruhannya... 


Nur Hanedz Binti Mohd Riadz telah dinobatkan sebagai Johan Pidato Sek Ren Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau telah menewaskan 20 peserta yang turut bertanding di peringkat akhir pertandingan kali ini. 


Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Suhana atas komitmen dan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada Puteri Jelita ini. Semoga cikgu juga terus peroleh kejayaan pada masa akan datang.
❤️💖💞😘🏆😍💐

#KemenjadianMurid #TahniahPuteriJelita #WellDone

Monday, July 30, 2018

NAIB JUARA PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA ENGLISH PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah Duo Poetry Recitation iaitu Puteri Jelita Amna dan Puteri Jelita Vaishu atas kejayaan mereka merangkul gelaran Naib Juara dalam Pertandingan Karnival Bahasa English Peringkat Kebangsaan di SK Convent Bukit Nanas 💞🌹💖


Pada hari khamis nanti mereka akan mewakili Zon Sentul ke Pertandingan Poetry peringkat JPWPKL di SMK Orkid Desa 🌹💐👌💕

Sama-samalah kita doakan kejayaan mereka ❤️🌹😍😘♥️

Saturday, July 28, 2018

JUARA NYANYIAN KARNIVAL BAHASA ENGLISH PERINGKAT KEBANGSAAN | VALLENCIA

Tahniah diucapkan kepada Puteri Jelita St. Mary iaitu adik Vallencia atas kejayaan yang amat membanggakan kita semua pada hari ini 💖

🏆 Adik Valencia telah berjaya merangkul gelaran Juara dalam kategori nyanyian Karnival Bahasa English Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Convent Bukit Nanas 😍


Semoga kejayaan ini akan terus menaikkan semangat adik Vallencia untuk bertanding di pertandingan yang akan datang.

Give the world the best you have, and the best will come to you! 🌎♥️💐😘
 
Terima kasih juga kepada ibu bapa beliau yang memberikan komitmen yang amat baik 💖 
 
 Terima kasih juga kepada guru pengiring yang melapangkan masa untuk mengiringi Puteri Jelita St. Mary bertanding pada hari ini ❤️

Sunday, July 8, 2018

HARI JUALAN SAYUR-SAYURAN 2018 | DANA PERTANDINGAN PSS KEBANGSAAN 2019

Salam sejahtera semua warga SK St. Mary yang dikasihi, pada hari ini telah berlangsungnya Jualan Sayur-Sayuran Sempena Hari Pelaporan Kali Pertama 2018. Semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Dikesempatan ini , kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang memberikan sokongan yang padu pada jualan kali ini. 

Segala hasil jualan pada kali ini akan digunakan untuk persiapan Pusat Sumber Sekolah untuk Pertandingan Pusat Sumber Sekolah 2019. Pada tahun lepas, Pusat Sumber Sekolah SK St. Mary telah dinobatkan sebagai Johan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.










Atas segala bantuan dan sokongan daripada semua warga SK St. Mary, kami ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segalanya. i Serve !