JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, July 31, 2018

JOHAN PERTANDINGAN PIDATO KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Lagi Kejayaan Puteri Jelita SK St. Mary 🌹

 
Pada hari ini telah berlangsungnya Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertempat di SK Seri Kepong 💐

Puteri Jelita SK St. Mary iaitu Nur Hanedz Binti Mohd Riadz sebagai wakil Zon Sentul telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Pidato Sekolah Rendah yang melibatkan 54 sekolah keseluruhannya... 


Nur Hanedz Binti Mohd Riadz telah dinobatkan sebagai Johan Pidato Sek Ren Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau telah menewaskan 20 peserta yang turut bertanding di peringkat akhir pertandingan kali ini. 


Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Suhana atas komitmen dan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada Puteri Jelita ini. Semoga cikgu juga terus peroleh kejayaan pada masa akan datang.
❤️💖💞😘🏆😍💐

#KemenjadianMurid #TahniahPuteriJelita #WellDone

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment