JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Monday, October 29, 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI OLEH ONEWAY MALAYSIA



Pada 27 Oktober 2018, pihak Oneway Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang murid yang kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan St Mary.



Setiap penerima sumbangan akan menerima barangan kegunaan harian seperti beras, minyak masak dan lain-lain lagi. Bagi murid-murid yang menyambut Deepavali, mereka turut menerima sumbangan pakaian sempena perayaan Deepavali 2018.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa majlis penyampaian sumbangan tersebut.































Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Oneway Malaysia atas kesudian mereka menghulurkan sumbangan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan St Mary 🌹


Monday, October 22, 2018

PERSEMBAHAN BICARA BERIRAMA SK ST MARY DI SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA



Pada 20 Oktober 2018, pasukan Bicara Berirama telah mengadakan persembahan pembukaan bicara berirama sempena Sambutan Hari Farmasi Sedunia peringkat Kebangsaan di Mytown Shopping Centre.



Tahniah diucapkan kepada semua Puteri Jelita SK St Mary kerana telah menunjukkan bakat mereka dalam persembahan kali ini. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang melatih dan mengiringi Puteri Jelita St Mary ke tempat persembahan kali ini.







Video persembahan ini boleh ditonton di Facebook rasmi sekolah. 😍

Jom datang beramai-ramai

#wpdmalaysia2018
#harifarmasisedunia2018
#kenaliubatanda

Wednesday, October 17, 2018

SAJIAN OLEH PUTERI JELITA SK ST MARY



Aktiviti menyediakan sajian untuk matapelajaran RBT tahun 5. Kelas yang terlibat ialah kelas 5 Seroja dan kelas 5 Tulip.

Gambar-gambar semasa proses penyediaan sajian oleh murid-murid yang terlibat 🌹



























Tahniah kepada semua chef yang telah memberikan kerjasama menyiapkan sajian pada hari ini. 🌹

Nampak menarik cara hidangan dan menu - menu yang disediakan.