Thursday, January 31, 2019
ZIARAH CAKNA MURID 2 SEROJA | ABBY
Pada hari ini 31 Januari 2019, pihak sekolah telah mengadakan Ziarah Cakna ke rumah Abby iaitu murid 2 Seroja. Turut hadir bersama ialah Cik Ngan Wai Fun selaku guru besar dan Puan Siti Norlisa Norsham selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Sumbangan buat Abby disampaikan oleh Cik Ngan Wai Fun dengan disaksikan oleh ibu Abby. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya " Itulah ungkapan yang dapat dizahirkan buat keluarga Abby. Semoga Abby terus kuat dan bersemangat.
Pihak sekolah mendoakan agar Abby akan segera pulih seperti sediakala dan dapat meneruskan sesi persekolahannya seperti murid-murid yang sebaya dengannya.
