JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Saturday, April 6, 2019

KHIDMAT BANTU KSIB PUSAT SUMBER | MEMPROSES BUKU DI PSS

Pada 5 April 2019, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan sesi memproses buku pinjaman di Pusat Sumber Sekolah. Sesi memproses buku ini turut dibantu oleh dua orang ibu iaitu Puan Aida Syafina (Alana Marisa 2 Anggerik) dan Puan Katherina (Ng Sher Teng 4 Mawar.


 Puan Aida membantu mengecap buku-buku yang diproses untuk perekodan bersama Cikgu Syafiqah.


Puan Katherina membantu mengisi data-data berkenaan buku-buku yang perlu diproses untuk Pusat Sumber Sekolah.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ibu bapa untuk membantu Pusat Sumber Sekolah. Khidmat bantu semua warga ibu bapa, penjaga dan komuniti akan dapat melancarkan lagi proses Transformasi Sekolah.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment