JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, April 12, 2019

PROGRAM HOPE TAHUN 1| PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA MURID


Satu program yang dinamakan Program Jalinan Kasih Bersama Ibu Bapa Murid-murid Tahun 1 telah diadakan pada hari ini, bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi bertempat di bilik mesyuarat.

Program yang berlangsung selama 2 jam ini diadakan bagi membincangkan prestasi dan tahap penguasaan murid-murid yang telah dikenalpasti memerlukan bimbingan.

Perjumpaan ini juga diadakan sebagai makluman tentang kelas bimbingan Didik HOPE yang akan bermula pada 15 April, iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.







Besar harapan pihak sekolah agar Program HOPE ini mampu meningkatkan kemahiran dan tahap penguasaan murid dengan kerjasama guru-guru dan ibu bapa yang terlibat.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment