JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Wednesday, August 28, 2019

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2019


 Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Sempena UPSR 2019
Tempat : Surau Al-Huda,Tmn Intan Baiduri
Tarikh : 24 Ogos 2019 (Sabtu)
Jemputan : Ustaz Mohd Firdaus Bin Abu


























Alhamdulillah majlis ini berlangsung dengan jayanya dan diserikan lagi dengan kehadiran ibu bapa. 

Teruskan berdoa untuk kejayaan Puteri-puteri Jelita Tahun 6 SK St Mary dalam UPSR kali ini.

Semoga segala usaha dilakukan diberkati dan segala hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT. InsyaAllah

SESI PERKONGSIAN BERSAMA MAKNA | MAJLIS KANSER NASIONAL

Pada 23 Ogos 2019 telah berlangsungnya Sesi Perkongsian bersama wakil Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Pelbagai input yang berguna telah   dikongsi  oleh penceramah pada hari ini. 

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berkekalan hingga ke akhir hayat.


Amalkan pemakanan seimbang dan sihat bagi memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

GOTONG-ROYONG KEBUN CLIC 2019


Pada 24 Ogos 2019 berlangsung sesi gotong-royong santai bersama warga sekolah di Kebun Clic SK St. Mary. 

Buat pengetahuan semua, Kebun Clic telah menyertai Pertandingan River Of Life. Sehubungan itu, Kebun Clic sedang dinaik taraf ke arah yang lebih canggih, kondusif dan bermakna. 💖

Sekiranya ibu atau bapa berminat untuk memberikan bantuan tidak kira dalam apa jua bentuk, bolehlah maklumkan hasrat tersebut kepada guru kelas anak masing-masing 😘








Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang turut serta pada hari bagi membantu memperindah Kebun Clic sekolah. 🤩🤲💖🌹

PROGRAM JUARA DAN POTENSI TAHUN 6 SESI 2019


Pada hari ini telah diadakan sesi penyampaian cenderahati simbolik ProgramJ Juara dan Program Potensi Tahun 6 sesi 2019.

Beberapa orang Puteri Jelita Tahun 6 telah dipilih untuk menerima cenderahati simbolik bagi program tersebut.

Marilah kita doakan agar  semoga semua Puteri Jelita St Mary Tahun 6 akan berusaha sehabis baik demi kejayaan mereka.










Teruskanlah berusaha dan kekal fokus sehingga bermulanya peperiksaan kelak. 

Seluruh warga SK St. Mary dan ibunda serta ayahanda tercinta mendoakan kejayaan kalian. Kejayaan adalah milik mereka yang berusaha bersungguh-sungguh.💖🌹🤲

PROGRAM MENINGKATKAN KESEDARAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU 2019


Pada hari ini 28 Ogos 2019, berlangsungnya Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru. 
Pielbagai input mengenai  panduan mengurus stres telah dikongsikan oleh Cik Ngan Wai Fun selaku guru besar SK St. Mary.






Semoga semua guru akan terus dikurniakan kesihatan dan ketenangan yang berterusan daripada Yang Maha Pencipta serta akan terus komited menjayakan misi dan visi Pendidikan Negara. 

Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas segala jasa dan khidmat bakti kepada sekolah.

#3agurusejahtera
#3agurusejahterajpwpk
#3aKempendidikan