JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Sunday, September 22, 2019

PROJEK GRAFIK 3D DINDING | SUMBANGAN SYARIKAT 3D WALLTATOO SEMPENA KEMPEN SAYANGI SEKOLAHKU@3K


Pada 20 - 21 September 2019, syarikat 3D WallTatoo telah menjalankan kerja-kerja penghasilan grafik di dinding dewan sekolah. Pihak sekolah sedang giat berusaha menceriakan sekitar kawasan sekolah bagi tujuan Pertandingan Sayangi Sekolahku@3K yang sedang berlangsung.


Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat 3D WallTatoo atas sumbangan grafik 3D dinding di belakang dewan sekolah. 😘

Murid SK St. Mary sinonim dengan gelaran Puteri Jelita atau juga dikenali Princess of St Mary. Grafik ini bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam diri setiap Puteri Jelita SK St. Mary. 


Penghasilan grafik pada dinding dibuat dengan sangat teliti oleh syarikat 3D WallTatoo bagi memastikan grafik yang dihasilkan menepati kriteria mereka. 😘


Semoga syarikat 3D WallTatoo akan terus berkembang maju dan lebih berjaya pada masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan kepada SK St. Mary. 😘
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment