KSIB dalam Lawatan Festival Kerjaya di
Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Seramai 4 orang KSIB telah turut
serta dalam lawatan ini. Tujuan penyertaan KSIB ialah untuk membantu
guru pengiring untuk mengawal disiplin murid - murid semasa lawatan.
Setiap wakil KSIB mengetuai kumpulan murid semasa lawatan, murid akan
bergerak dalam satu kumpulan yang telah ditetapkan.
Semoga melalui lawatan ini, murid -
murid mendapat gambaran yang sebenar dunia pekerjaan yang akan mereka
tempuhi nanti. Terima kasih wakil KSIB yang telah membantu dalam lawatan
ini.