Pada hari ini 17 Oktober 2019 telah berlangsungnya Karnival Fun & Smart PBD di SK St. Mary. Karnival ini bermula sekitar jam 8.30 pagi dan diserikan lagi dengan kehadiran Puan Hajah Zainun binti Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Sentul.
Upacara Perasmian Karnival Fun & Smart PBD 2019
Puan Hajah Zainun menyampaikan ucapan beliau sempena Karnival Fun & Smart PBD SK St. Mary.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdPc) selari dengan hasrat
yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan yang unggul :
- Disokong kepimpinan yang
berkualiti & berwawasan
- Persekitaran yang
menyeronokkan
- Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
- Komitmen komuniti yang
padu
OBJEKTIF
·Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan
·Mengutamakan kemenjadian murid
·Meningkatkan perkembangan dan kemajuan pembelajaran
MATLAMAT
·Memantapkan kepimpinan sekolah
·Memaksimumkan potensi guru dan murid
·Melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran
|
TENTATIF KARNIVAL FUN & SMART PBD 2019 SK ST. MARY |
BERIKUT RAKAMAN LENSA AKTIVITI - AKTIVITI YANG BERLANGSUNG PADA HARI INI
JOM SIHAT
STESEN BAHASA MELAYU
STESEN SAINS
STESEN MATEMATIK
STESEN AGAMA
STESEN MORAL
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Karnival Fun & Smart PBD 2019 SK St. Mary pada hari ini. Semoga usaha murni ini diberkati dan menjadi pembakar semangat buat semua Puteri Jelita SK St. Mary untuk terus cemerlang.