JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Showing posts with label UNIT KEBAJIKAN 2018. Show all posts
Showing posts with label UNIT KEBAJIKAN 2018. Show all posts

Monday, February 19, 2018

PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN BUKU SEKOLAH 2018 | SUMBANGAN PERSENDIRIAN

Pada 13 Februari 2018, satu upacara penyerahan sumbangan bantuan buku sekolah 2018 telah diadakan di perkarangan Zon Muafakat SK St. Mary. Seramai 18 orang murid yang berbilang bangsa yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan yang diusahakan oleh Puan Marie Govindaraju. 

Penerima sumbangan pada sesi kali ini.

KECERIAAN murid setelah menerima buku yang disumbangkan oleh Puan Marie.

GURU BESAR menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.





Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Marie atas inisiatif beliau untuk memberikan sumbangan kepada murid-murid yang kurang berkemampuan. Diharapkan semoga lebih ramai ibu bapa yang berkemampuan untuk bersama - sama memberikan sumbangan untuk murid-murid di SK St. Mary.

Sekiranya tuan puan ingin memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk, tuan puan bolehlah berhubung secara terus dengan guru kelas anak tuan puan masing-masing. 
Share:

PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Pada 13 Februari 2018, pihak sekolah telah menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada murid yang kurang berkemampuan. Upacara penyampaian ini disempurnakan oleh Cik Ngan Wai Fun selaku guru besar SK St. Mary dan disaksikan oleh Puan Siti Norlisa (GPK HEM) dan Puan Lee.

Semoga dengan adanya sumbangan ini, dapatlah menceriakan dan meringankan perbelanjaan untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini.







Share:

Monday, January 29, 2018

PENYERAHAN BANTUAN KECEMASAN KEBAKARAN RUMAH

Pada hari ini 29 Januari 2018, pihak sekolah dengan kerjasama unit kebajikan sekolah telah mengadakan sesi penyerahan bantuan kecemasan kepada ibu Jivamalar a/p Arulmani dari kelas 3 Mawar. 

Rumah murid ini mengalami kebakaran pada pertengahan bulan Januari tahun ini.Sehubungan itu, unit kebajikan sekolah telah menjalankan sesi kutipan derma kilat bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Jivamalar.
 
 Kebakaran rumah jiran Jivamalar telah memberikan sedikit kesan kepada rumahnya.

Semoga dengan adanya sumbangan daripada semua warga SK St. Mary , dapatlah membantu meringankan beban keluarga Jivamalar. Terima kasih kepada semua murid, guru dan individu yang memberikan sumbangan pada kali ini.
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN