JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Showing posts with label AKTIVITI MURID. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI MURID. Show all posts

Monday, November 26, 2018

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2018 | TAHNIAH PUTERI JELITA


 Pada 23 November 2018, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2018. Majlis ini turut dirasmikan oleh Puan Rusilawati binti Muhammad selaku Penolong Pengawai PPWS. Turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis ialah Ahli Jawatankuasa PIBG dan wakil Alumni SK St. Mary.

Pihak sekolah turut menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah sudi melapangkan masa untuk menyaksikan detik bersejarah buat Puteri Jelita. Semoga anugerah ini menjadi pendorong buat seluruh Puteri Jelita di SK St. Mary. Penerapan nilai positif dan bersemangat tinggi amat penting dalam diri semua murid. Teruskan berusaha hingga berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan.

Pihak sekolah sentiasa mendoakan akan Puteri Jelita SK St. Mary terus cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi dan seterusnya membuktikan impian kemenjadian murid berjaya direalisasikan.

 Berikut merupakan detik - detik gembira yang sempat dirakam oleh lensa jurukamera :-























Sirih Junjung - Acara pembukaan majlis hari ini diserikan dengan gimik persembahan Sirih Junjung oleh Puteri Jelita.











Inovasi PIBK : Penggunaan sistem e-kehadiran bagi merekod kehadiran ibu bapa dalam majlis kali ini.

Lirikan senyuman manis Puteri Jelita.




Share:

Thursday, September 13, 2018

UPACARA MEMOHON RESTU BAGI MURID TAHUN 6 BERAGAMA BUDDHA





UPSR bakal berkunjung tiba, murid - murid tahun 6 yang beragama Buddha telah menjalankan upacara memohon restu bagi menghadapi peperiksaan yang penting ini. Terima kasih kepada Cikgu Lee kerana telah menguruskan upacara ini dengan jayanya.
 









Semoga semua calon SK St. Mary mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.
Share:

Saturday, April 14, 2018

GOTONG-ROYONG DI RUANG REHAT KANTIN SEKOLAH | V4KL DBKL

 
Pada hari ini 14 April 2018 telah berlangsungnya Gotong-royong Perdana PIBG bersama V4KL dan DBKL. Gambar di atas menunjukkan keadaan semasa proses memperindah ruang rehat kantin sekolah sedang dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru.

Tayar-tayar terpakai digunakan sebagai tempat duduk di ruangan rehat kantin sekolah.

Tayar-tayar ini diwarnakan dengan warna-warna yang menarik dan cantik.

Kawasan sekitar longkang juga dipastikan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat oleh krew-krew di sini.

Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba mengecat tayar-tayar terpakai ini bersama ibu bapa dan guru.

Cantiknya warna oren kan..hihihi

Sarah dan Emelda tidak sabar untuk mengecat tayar-tayar ini...

Krew - krew berkerjasama memastikan ruangan rehat ini dapat disiapkan pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang tayar-tayar terpakai ini untuk digunakan di ruang rehat kantin sebagai tempat duduk.

Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN