JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Showing posts with label SMARTCLASSROOM. Show all posts
Showing posts with label SMARTCLASSROOM. Show all posts

Saturday, January 20, 2018

Video PDPC Smart Slassroom

Video sesi pembelajaran dan pengajaran menggunakan kemudahan Smart Classroom yang disediakan 😘

Murid-murid begitu teruja dalam mengikut proses pembelajaran dan penuh bersemangat. 
Share:

Friday, January 12, 2018

SESI PdPC MENGGUNAKAN LAMPU ISYARAT | UKUR KEFAHAMAN MURID MELALUI RESPON TANDA ISYARAT

Penggunaan lampu isyarat (classroom traffic light) dalam bilik darjah merupakan salah satu cara penilaian formatif yang bersistematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru - guru sentiasa menerapkan disiplin bilik darjah yang baik untuk memastikan murid dapat belajar dan mencapai objektif pembelajaran secara maksima.
 
Dengan adanya kemudahan sistem Smart Classroom, murid - murid dapat melihat secara visual yang lebih jelas tentang sesuatu perkara yang sedang dipelajarinya. Kelihatan murid - murid memberikan fokus yang sangat baik semasa sesi PdPC dijalankan.

Guru dapat memberikan gambaran yang jelas tentang proses Sains yang diajarkan kepada murid melalui kemudahan Smart Classroom ini.

Guru telah memperkenalkan dan menerangkan  sistem traffic light yang digunakan. Murid - murid memberikan respon terhadap sesi PdPC yang dijalankan.
  1. MERAH: Saya perlukan bantuan, saya tidak dapat meneruskan pembelajaran tanpa bantuan.
  2. KUNING: Saya mempunyai soalan, namun masih dapat meneruskan pembelajaran sehingga menerima bantuan.
  3. HIJAU: Saya berjaya melakukannya! Saya tidak memerlukan bantuan. Saya boleh membantu orang lain.

WHITEBOARD  INDIVIDU juga digunakan dalam sesi PdPC pada kali ini. Murid - murid akan menulis jawapan mereka pada WhiteBoard Individu tersebut dan akan mengangkat jawapan apabila ditanya oleh guru.

Murid - murid mempamerkan jawapan / hasil kerja yang mereka catatkan pada WhiteBoard Individu tersebut untuk dilihat oleh guru subjek. Sesi pembelajaran menjadi lebih menarik apabila proses komunikasi secara dua hala diadakan. Tiada lagi hanya Chalk and Talk dalam sesi pembelajaran pada zaman kini.  
 
Guru - guru di Sekolah Kebangsaan St. Mary sentiasa berusaha meningkatkan dan menambahbaik sesi pembelajaran dari semasa ke semasa demi kejayaan murid - murid di sini. Terima kasih atas sokongan semua warga SK St. Mary.
Share:

Friday, January 5, 2018

TAKLIMAT PENGGUNAAN SMART CLASSROOM 2018 | PEDAGOGI KELAS ABAD KE 21

Proses pembelajaran pada umumnya lebih mudah dilakukan jika dilakukan melalui media audio visual dibandingkan dengan membaca berhalaman-halaman buku teks. Bayangkan saja, betapa menguntungkannya bagi para trainee untuk memahami suatu bab dengan penuh penggambaran visual di kelas. 

Konsep pendidikan dengan Smart Classroom memang menjadi keistimewaan bagi para pelajar di abad ke-21. Teknologi telah merubah cara hidup manusia, dan jika hal itu adalah untuk kebaikan, mengapa tidak?

Pada 4 Januari 2018, satu sesi taklimat tatacara penggunaan sistem Smart Classroom telah diadakan kepada guru-guru di SK St. Mary di Bilik Reka Bentuk & Teknologi (SmartClassroom) oleh syarikat EduGroup.

Sebagai info tambahan, SMK St. Mary juga turut menyediakan kemudahan SmartClassroom ini di beberapa buah kelas bagi memudahkan dan meningkatkan kualiti dan keberkesanan PdPc murid-murid.

Dalam taklimat, guru - guru telah didedahkan secara langsung mengenai panduan menggunakan peralatan yang telah dibekalkan oleh EduGroup.

1. Sony Projector with cage (3200 lumens)
2. Logitech Wireless Presenter
3. Wireless Keyboard & Mouse

4. IntelCompute Stick
5. DeepFreeze System
6. On Off Procedure

Disamping itu, guru - guru juga didedahkan tentang penggunaan Frog Vle, Frog Play, Widget Site,  dan Google Drive serta contoh-contoh pembelajaran menggunakan kemudahan SmartClassroom.

Antara objektif keperluan ‘Smart Classroom’  adalah seperti yang berikut :

a. Untuk kegunaan PdPc murid Tahun 6 sebagai alat bantuan pengajaran dalam persediaan menghadapi PPSR.

b. Untuk membolehkan guru dan murid mengakses internet bagi mendapatkan bahan-bahan bantuan mengajar secara terus semasa proses PdPc berlangsung.

c. Mendedahkan kepada murid proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti melalui
penggunaan teknologi maklumat sebagai medium dalam PdPc.

d. Integrasi dengan Modul Pembelajaran serta Buku Digital.


Encik John Tiew selaku wakil utama EduGroup memberikan penerangan mengenai ciri - ciri dan kualiti perkakasan yang telah dibekalkan kepada guru.

Encik Edward juga menerangkan cara - cara penggunaan alat kawalan tanpa wayar dan tip-tips semasa PdPc.

Para guru mencatat input - input yang sedang disampaikan oleh wakil EduGroup.

Guru besar turut hadir bersama dalam taklimat SmartClassroom pada petang ini. Beliau turut mengingatkan guru agar dapat memaksimakan penggunaan kemudahan yang telah disediakan ini.

Ucapan oleh guru besar.


Encik Edward juga menerangkan cara - cara penggunaan alat kawalan tanpa wayar dan tip-tips semasa PdPc.
Smart Classroom biasanya dianggap seperti menonton filem di bioskop, gambar-gambar bergerak digunakan untuk menyampaikan pembelajaran. Input-input yang penuh visual  ini sangat eye-catching dan murid akan mudah terhubung dengan bahan pembelajaran. Hal ini disebabkan kerana panca indera penglihatan dan pendengaran mereka terlibat dan seterusnya membantu mereka untuk mengingat maklumat dengan lebih cepat dan efektif.
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN