Penggunaan lampu isyarat (classroom traffic light) dalam bilik darjah merupakan salah satu cara penilaian formatif yang bersistematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru - guru sentiasa menerapkan disiplin bilik darjah yang baik untuk memastikan murid dapat belajar dan mencapai objektif pembelajaran secara maksima.
|
Dengan adanya kemudahan sistem Smart Classroom, murid - murid dapat melihat secara visual yang lebih jelas tentang sesuatu perkara yang sedang dipelajarinya. Kelihatan murid - murid memberikan fokus yang sangat baik semasa sesi PdPC dijalankan. |
|
Guru dapat memberikan gambaran yang jelas tentang proses Sains yang diajarkan kepada murid melalui kemudahan Smart Classroom ini. |
|
Guru telah memperkenalkan dan menerangkan sistem traffic light yang digunakan. Murid - murid memberikan respon terhadap sesi PdPC yang dijalankan.
- MERAH: Saya perlukan bantuan, saya tidak dapat meneruskan pembelajaran tanpa bantuan.
- KUNING: Saya mempunyai soalan, namun masih dapat meneruskan pembelajaran sehingga menerima bantuan.
- HIJAU: Saya berjaya melakukannya! Saya tidak memerlukan bantuan. Saya boleh membantu orang lain.
|
|
WHITEBOARD INDIVIDU juga digunakan dalam sesi PdPC pada kali ini. Murid - murid akan menulis jawapan mereka pada WhiteBoard Individu tersebut dan akan mengangkat jawapan apabila ditanya oleh guru. |
|
Murid - murid mempamerkan jawapan / hasil kerja yang mereka catatkan pada WhiteBoard Individu tersebut untuk dilihat oleh guru subjek. Sesi pembelajaran menjadi lebih menarik apabila proses komunikasi secara dua hala diadakan. Tiada lagi hanya Chalk and Talk dalam sesi pembelajaran pada zaman kini. | | |
Guru - guru di Sekolah Kebangsaan St. Mary sentiasa berusaha meningkatkan dan menambahbaik sesi pembelajaran dari semasa ke semasa demi kejayaan murid - murid di sini. Terima kasih atas sokongan semua warga SK St. Mary.