JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, January 30, 2018

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS DLP DAN NON-DLP TAHUN 4 SESI 2018

Pada hari ini, Panitia Sains telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Sains DLP dan Non-DLP kepada murid-murid Tahun 4 sesi 2018. Dalam bengkel ini, murid-murid diberikan pendedahan tentang skop dan bentuk soalan yang terdapat dalam matapelajaran Sains.

Puan Nor Asmaruzie menyampaikan input-input kepada murid-murid aliran Sains Non-DLP di dewan sekolah.

Murid-murid kelas 4 Mawar, 4 Anggerik dan 4 Raya berbengkel di dewan sekolah.

Pelibatan murid-murid dalam bengkel kali ini lebih berfokus dan aktif bersama guru yang terlibat.

Puan Nor Asmaruzie juga merupakan salah seorang penanda kertas Sains UPSR yang berpengalaman dan bertauliah.

Puan Farah Abd Jabir memberikan penerangan tentang Sains DLP kepada murid-murid 4 Seroja dan 4 Mawar di Bilik RBT (Smart Classroom) .

Murid - murid diberikan pendedahan yang jelas tentang pecahan soalan yang terdapat dalam peperiksaan matapelajaran Sains oleh Puan Asmaruzie.
Diharapkan melalui bengkel pada kali ini, murid-murid mendapat gambaran yang jelas terhadap bentuk soalan peperiksaan yang bakal dijawab nanti. Terima kasih Cikgu Asmaruzie dan Cikgu Farah Abd Jabir.
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN