JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, January 30, 2018

TAKLIMAT VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT OLEH UNICLIQ | FROG VLE

Pada hari ini juga diadakan taklimat dan perkongsian pintar VLE oleh pihak UNICLIQ iaitu diwakili oleh Cik Syafiqah binti Kamarudin pada jam 12.00 - 1.00 petang. VLE merupakan persekitaran pembelajaran maya berasaskan awan yang boleh meringkaskan dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran, komunikasi dan pentadbiran.

Guru boleh menggunakan Frog VLE untuk mengajar, memberikan tugasan, dan memantau pencapaian para pelajar secara maya. Pentadbir sekolah pula boleh mengurus kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Frog VLE.


Pelajar boleh mengakses Frog VLE untuk mendapatkan bahan untuk pembelajaran dan ulangkaji di mana jua tanpa mengira masa. Mereka juga boleh menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru mereka disamping berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Ibu bapa. Melalui Frog VLE, ibu bapa yang bekerja sentiasa dapat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah anak-anak mereka menerusi papan kenyataan sekolah. Selain itu, mereka juga boleh mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka.


Sesi penerangan sedang dilaksanakan oleh Cik Syafiqah selaku wakil UniCliq Malaysia.

Virtual learning environment : A virtual learning environment in educational technology is a Web-based platform for the digital aspects of courses of study, usually within educational institutions.

Murid mendengar penerangan tentang kelebihan - kelebihan yang terdapat dalam sistem VLE.

Puan Jamilah memberikan penerangan ringkas mengenai taklimat pada hari ini sebelum majlis bermula.


Murid - murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh penceramah pada hari ini.

Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN