JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Monday, February 5, 2018

PELANCARAN MINGGU PANITIA BAHASA MALAYSIA 2018 | INDAH BERBAHASA TONGGAK KEMENJADIAN MURID

Pada hari ini, 5 Februari 2018 telah diadakan Pelancaran Minggu Panitia Bahasa Malaysia bagi tahun 2018 di dewan sekolah. Dalam pelancaran kali ini, guru - guru Panitia Bahasa Malaysia telah mempersembahkan Mestamu sebagai gimik pelancaran.

Tema Minggu Panitia Bahasa Malaysia kali ini ialah INDAH BERBAHASA, TONGGAK KEMENJADIAN MURID.  Tema ini dipilih kerana pada tahun ini, Panitia Bahasa Malaysia amat mementingkan tentang aspek KEMENJADIAN MURID dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Video [akan dimuatnaik selepas ini] mengenai aktiviti - aktiviti yang akan diadakan sepanjang minggu Panitia BM 2018. Beberapa orang murid telah dipilih untuk melakonkan beberapa watak bagi video pelancaran kali ini.
 Sehubungan itu, disertakan bersama pautan buku program versi digital untuk rujukan semua.

Klik πŸ‘‰πŸ» http://gg.gg/MINGGUBM2018 πŸ˜˜πŸ’
Puan Asmah menyampaikan ucapan selaku Ketua Panitia Bahasa Malaysia. Beberapa orang murid dipilih untuk mengayakan beberapa jenis kerjaya yang popular dalam kalangan murid - murid di SK St. Mary. Murid-murid ini membuat persembahan semasa guru - guru bermestamu.

Antara kerjaya yang dipertontonkan oleh murid ialah Jurutera, Peguam, Wartawan , Ahli Sukan, Jurugambar dan Doktor.

Para guru mempersembahkan MESTAMU yang bertajuk WARISAN. Lagu Warisan dipilih kerana mempunyai maksud yang amat mendalam pada liriknya.

Antara murid yang menjadi watak utama dalam video pelancaran pada kali ini. Teruskan momentum yang cemerlang ini bagi menzahirkan KEMENJADIAN MURID dalam diri anda.
Pandangan atas dewan semasa Pelancaran Minggu Panitia Bahasa Malaysia 2018

Guru - guru Panitia Bahasa Malaysia bergambar selepas pelancaran dijalankan pada pagi tadi.




Diharapkan semua murid dapat menunjukkan bakat masing-masing dalam aspek kemahiran berbahasa sepanjang Minggu Bahasa Malaysia khususnya.


Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN