JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Wednesday, February 7, 2018

LENSA HARI PERTAMA PERTANDINGAN BADMINTON ZON SENTUL 2018


Pada hari bermulanya Pertandingan Badminton Zon Sentul di Lavana Sport Complex, Setapak. Beberapa orang murid telah dihantar bagi menyertai pertandingan pada kali ini. 

YAP POH EE, pemain perseorangan perempuan bawah 12 tahun berjaya menewaskan pemain sekolah lain pada pusingan pertama.

LAAVENIA beraksi menentang pemain dari SJKC dan berjaya menumpaskan pihak lawan dengan kiraan mata yang mudah.

Regu 1 Perempuan Bawah 10 Tahun : Saaysaarry dan Laavenia menunjukkan persembahan yang baik dalam pusingan pertama dengan menewaskan pihak lawan dengan begitu mudah.

Regu 2 Perempuan Bawah 10 Tahun : Pasangan Reenah / Fatin berjaya menumpaskan pihak lawan yang memberikan saingan sengit dalam perlawanan pusingan pertama.

Pasangan Irdhina dan Amirah Radhiah juga berjaya menjinakkan pihak lawan bagi memberikan kemenangan kepada SK St. Mary dalam perlawanan pusingan pertama acara Beregu Perempuan Bawah 12 Tahun.
 
Laavenia Ravimaran memperoleh kemenangan pertama dalam kategori Perseorangan Perempuan Bawah 10 Tahun.
 
 
Aksi mantap yang dipamerkan oleh regu 1 dalam Acara Beregu Perempuan B10.

Keputusan Penuh

Perseorangan Perempuan Bawah 10 Tahun
Laavenia : Menang
Saaysaayrry : Menang

Beregu Perempuan Bawah 10 Tahun 
 Reenah / Fatin : Menang
Laavenia / Saaysaayrry : Menang


Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun
Abigail : Tewas Pusingan 1
Yap Poh Ee : Tewas Pusingan 2

 Beregu Perempuan Bawah 12 Tahun
 Dorothy / Sugeetha : By
Irdhina / Amirah Radhiah : Menang

Semoga semua pemain dapat memberikan persembahan yang mantap pada hari kedua esok. Doakan kejayaan wakil peserta dari SK St. Mary. Good Luck !

Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN