Pada hari ini 28 Februari 2018, Unit Kokurikulum SK St. Mary telah mengadakan Kem Kempimpinan Kokurikulum untuk murid-murid Tahap 2.
Fokus utama Kem Kempimpinan Kokurikulum kali ini adalah untuk memastikan murid-murid mempunyai jati diri yang g teguh dalam diri masing-masing serta sentiasa dalam keadaan siap siaga menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.
Murid-murid membuat pembentangan berkenaan tajuk yang telah ditugaskan mengikut kumpulan mereka. Pembentangan ini akan dapat melatih murid-murid dalam aspek pengucapan awam. Kemenjadian murid amat penting pada zaman sekarang dimana teknik penyampaian haruslah dikuasai oleh murid-murid agar arahan dapat difahami dengan sebaiknya.
Setiap murid memainkan peranan yang langsung dalam sesi aktiviti berkumpulan.
Aktiviti seterusnya adalah berkaitan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pemimpin. Aktiviti ini menekankan kerjasama dalam berpasukan.
Murid-murid juga didedahkan dengan aktiviti yang separa lasak bagi memastikan murid dapat merasai dan mengukur sendiri kekuatan stamina dan daya tahan mereka.
Aktiviti yang diadakan ini dipantau oleh guru-guru yang bertugas dan dikelolakan oleh pasukan jurulatih yang terlatih dan berpengalaman. πͺπͺπͺ