JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, August 31, 2018

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 | SAYANGI MALAYSIAKU

 

Pada 30 Ogos 2018 yang lalu, Majlis Sambutan Hari Kebangsaan telah diadakan di dewan utama sekolah pada jam sekitar 10.30 pagi. Sambutan kali ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu khas iaitu para graduan dari negara Jepun.
 
 Pasukan tarian yang turut membuat persembahan pada hari ini. Mereka bergambar di Taman Refleksologi Sekolah.


 Guru - guru bergambar bersama pada pensyarah dari Universiti Okayama dan Universiti Shinshu.





 Pihak sekolah menyampaikan cenderahati kepada barisan pensyarah daripada kedua-dua universiti yang terlibat.



 Hiasan pentas yang disediakan oleh para guru yang ditugaskan untuk membuat persiapan tempat. Terima kasih atas komitmen semua guru.

 Graduan dari Jepun memperagakan pakaian tradisional mereka semasa mengikut Sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini. Begitu mempersonakan dan unik !


 Puteri - puteri Jelita turut memperagakan busana - busana yang indah dan cantik. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa atas komitmen mereka.

 Puteri - puteri Jeita bersedia untuk mempersilakan para tetamu untuk masuk ke dalam dewan sebaik sahaja majlis dimulakan oleh pengacara majlis pada hari ini.

 Barisan pentadbir sekolah turut merakamkan kenangan bersama para graduan. #SehatiSejiwaStMary




 SELFIE ! Puteri - puteri Jelita bersama para graduan.


 Dore ! DoreDora Doraemon 

 Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis sambutan pada kali ini. Jasa dan pengorbanan kalian amatlah dihargai.

#SayangiMalaysiaku #SehatiSejiwaStMary #KitaPunya #iServe

Share:

HARI KEEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR GRADUAN UNIVERSITI OKAYAMA DAN UNIVERSITI SHINSHU DARI JEPUN

Aktiviti yang pertama pada hari ini ialah muzik yang melibatkan murid - murid daripada kelas 3 Mawar.

 Semua murid berasa amat seronok dan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama guru - guru dari negara Jepun ini.

 Suasana kelas begitu meriah dengan suara - suara murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bermain muzik.

 Masing - masing menumpukan perhatian semasa penerangan diberikan supaya mereka tidak terlepas langkah-langkah yang penting.

 Aktiviti seterusnya pada hari ini ialah bertajuk Karuta. Aktiviti ini melibatkan semua murid kelas 4 Mawar. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang berasaskan penggunaan kad gambar.


 Panduan bermain permainan Karuta turut dipamerkan di hadapan kelas. Permainan ini akan dapat meningkatkan tahap fokus dan kepantasan mata dan tangan.
 

 Murid - murid perlu menumpukan perhatian dan mencari gambar bagi perkataan yang dibacakan dalam bahasa Jepun oleh guru.








Pada hari ini, aktiviti yang terakhir  ialah Rope Jump yang melibatkan murid - murid dari kelas Tahun 3 Mawar. Guru - guru dari Jepun menunjukkan cara-cara melompat di atas tali yang berpusing-pusing.




Setiap murid diberikan tali lompatan untuk dicuba sehingga berjaya melakukannya. Murid - murid sangat seronok dapat mencuba melakukan lompat tali ini bersama guru - guru dari negara Jepun.

Alhamdulillah segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga murid - murid dapat mencontohi amalan nilai - nilai murni yang dipelajari sepanjang program kali ini...
Share:

Thursday, August 30, 2018

HARI KETIGA LAWATAN SAMBIL BELAJAR GRADUAN UNIVERSITI OKAYAMA DAN UNIVERSITI SHINSHU DARI JEPUN


Pada hari ketiga , aktiviti yang pertama ialah Chigirihaki yang diketuai oleh Cik Ayane Shimamura yang diadakan di kelas 4 Raya.



Pelbagai bahan bantu mengajar disediakan yang berbentuk gambar-gambar.

Murid - murid turut dibantu semasa aktiviti dijalankan oleh graduan dari Universiti Okayama.


Wah, sangat cantik dan menarik !


 Murid - murid kelihatan amat tekun dan fokus mengikut aktiviti yang pertama ini.



Aktiviti yang kedua ialah Calligraphy yang diketuai oleh Cik Yui Takahashi yang diadakan di Bilik Media dan melibatkan murid - murid dari kelas 4 Tulip.

 Murid - murid mendengar dengan penuh teliti mengenai aktiviti yang diikut oleh mereka. Semua murid bersedia dan berada dalam kumpulan masing - masing.



 Setiap kumpulan dibantu oleh graduan - graduan yang terlibat. Murid - murid sangat seronok dan teruja apabila berjaya menulis huruf - huruf bahasa Jepun.


 Murid - murid merakamkan kenangan pada akhir aktiviti ini dengan memegang hasil kerja masing masing. Tahniah diucapkan !


 Guru besar amat seronok dan sentiasa memberikan sokongan yang padu dalam setiap aktiviti yang dijalankan.


Aktiviti yang ketiga ialah Math Paper Folding yang diketuai oleh Cik Sasaki yang diadakan di kelas Tahun 6.


 

 Dua orang murid sedang mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan kelas dan dibantu oleh graduan dari Universiti Okayama.



Setiap kumpulan menunjukkan tahap kerjasama yang sangat memberangsangkan dalam menyelesaikan tugasan yang diamanahkan kepada mereka.





 Aktiviti yang keempat ialah New Year Game yang diketuai oleh Cik Shunki Kanno yang diadakan di Makmal Sains (Smart Classroom) dan melibatkan murid - murid dari kelas 5 Tulip. 

 Murid - murid diberikan penerangan mengenai situasi tahun baharu di negara Jepun .


 Sebelum bermula, kita bergambar dahulu...


 Setiap kumpulan diberikan sekeping poster untuk digunakan dalam aktiviti kali ini.



 Akhirnya selesai sudah aktiviti - aktiviti yang dirancangkan untuk sesi hari ini. Esok jumpa lagi !!! Yeahhhh !!!

Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN