JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Thursday, August 30, 2018

HARI KETIGA LAWATAN SAMBIL BELAJAR GRADUAN UNIVERSITI OKAYAMA DAN UNIVERSITI SHINSHU DARI JEPUN


Pada hari ketiga , aktiviti yang pertama ialah Chigirihaki yang diketuai oleh Cik Ayane Shimamura yang diadakan di kelas 4 Raya.



Pelbagai bahan bantu mengajar disediakan yang berbentuk gambar-gambar.

Murid - murid turut dibantu semasa aktiviti dijalankan oleh graduan dari Universiti Okayama.


Wah, sangat cantik dan menarik !


 Murid - murid kelihatan amat tekun dan fokus mengikut aktiviti yang pertama ini.



Aktiviti yang kedua ialah Calligraphy yang diketuai oleh Cik Yui Takahashi yang diadakan di Bilik Media dan melibatkan murid - murid dari kelas 4 Tulip.

 Murid - murid mendengar dengan penuh teliti mengenai aktiviti yang diikut oleh mereka. Semua murid bersedia dan berada dalam kumpulan masing - masing.



 Setiap kumpulan dibantu oleh graduan - graduan yang terlibat. Murid - murid sangat seronok dan teruja apabila berjaya menulis huruf - huruf bahasa Jepun.


 Murid - murid merakamkan kenangan pada akhir aktiviti ini dengan memegang hasil kerja masing masing. Tahniah diucapkan !


 Guru besar amat seronok dan sentiasa memberikan sokongan yang padu dalam setiap aktiviti yang dijalankan.


Aktiviti yang ketiga ialah Math Paper Folding yang diketuai oleh Cik Sasaki yang diadakan di kelas Tahun 6.


 

 Dua orang murid sedang mempersembahkan hasil kerja mereka di hadapan kelas dan dibantu oleh graduan dari Universiti Okayama.



Setiap kumpulan menunjukkan tahap kerjasama yang sangat memberangsangkan dalam menyelesaikan tugasan yang diamanahkan kepada mereka.





 Aktiviti yang keempat ialah New Year Game yang diketuai oleh Cik Shunki Kanno yang diadakan di Makmal Sains (Smart Classroom) dan melibatkan murid - murid dari kelas 5 Tulip. 

 Murid - murid diberikan penerangan mengenai situasi tahun baharu di negara Jepun .


 Sebelum bermula, kita bergambar dahulu...


 Setiap kumpulan diberikan sekeping poster untuk digunakan dalam aktiviti kali ini.



 Akhirnya selesai sudah aktiviti - aktiviti yang dirancangkan untuk sesi hari ini. Esok jumpa lagi !!! Yeahhhh !!!

Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN