Pada 10 Ogos 2018 iaitu hari Jumaat, Unit Kurikulum telah mengadakan Hari Pelaporan Tahun 6 di dewan utama sekolah.
Hari Pelaporan merupakan hari di mana pihak sekolah menyerahkan laporan prestasi pelajar-pelajar kepada ibu bapa mereka.
Dengan adanya program seperti ini, ibu bapa bukan sahaja dapat mengetahui prestasi anak-anak mereka, malah dapat juga berbincang apakah cadangan pembaikan atau usaha yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar terutamanya pengisian semasa cuti akhir tahun yang bakal tiba.