Latihan kebakaran ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada murid tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kes kebakaran di kawasan bangunan sekolah.
Melalui latihan ini, beberapa orang murid diberi peluang untuk mencuba sendiri menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan kebakaran kecil yang disediakan.
|
Pegawai Bomba memberikan taklimat sebelum latihan dimulakan. |
|
SHARLEEN tersenyum apabila diberi peluang untuk mencuba memadamkan api kebakaran. |
|
Murid tahun 6 juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan latihan kebakaran ini walaupun mereka sedang melaksanakan aktiviti selepas UPSR. |
|
Murid tahun 6 sempat bergambar di hadapan jentera bomba. |
Semoga latihan kebakaran ini memberikan manfaat kepada semua murid bagi menghadapi kebakaran. Sekiranya berlaku.