Pada hari ini, Unit ICT SK St Mary bersama guru kelas Tahun 6 Seroja dan 6 Tulip telah melaksanakan sesi Ujian Digital Competency Score (DCS) bersama 20 orang murid dari kelas 6 Seroja dan 20 orang murid dari kelas 6 Tulip. Jumlah peserta bagi siri ujian ini telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Berikut merupakan gambar-gambar yang dirakam semasa sesi Ujian Digital Competency Score berlangsung pada hari ini.
Murid yang berjaya menjawab DCS dengan sempurna akan diberikan sijil penyertaan seperti di bawah :
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya melengkapkan siri ujian Digital Competency Score 2018
APA ITU DIGITAL COMPETENCY SCORE ?
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.
Pada tahun 2017 sebanyak 3000 sekolah telah mengambil bahagian dalam penilaian ini, Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik dari masa ke semasa. Pada tahun ini, 7,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 1 September – 23 November 2018.