Pada hari ini 11 Disember 2018, Sekolah Kebangsaan St Mary telah menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Tahun 2018. Anugerah ini disampaikan oleh Haji Ismail bin Musa iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SK St Mary atas kejayaan yang cemerlang ini. πΉ Anugerah ini merupakan simbolik kerjasama dan sokongan oleh semua warga SK St Mary dan juga para ibu bapa serta pihak komuniti yang pelbagai.
Sebanyak 5 buah sekolah telah dipilih untuk menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Tahun 2018. PIBK SK ST MARY telah berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh pihak JPWPKL bagi sesi 2018. Tambahan pula, PIBK SK ST MARY menjadi wakil JPWPKL Zon Sentul bagi Penilaian Pengurusan PIBK Cemerlang peringkat kebangsaan.
Pihak sekolah dan juga PIBG ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas segala sokongan, bantuan, kerjasama serta komitmen yang telah diberikan kepada pihak sekolah dalam semua aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 ini.
Di kesempatan ini juga, pihak sekolah dan pihak PIBG juga ingin mengucapkan setinggi - tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua komuniti yang turut sama memberikan bantuan dan sokongan kepada SK St Mary.
Sokongan warga komuniti sepanjang 2018 amat membanggakan dan telah berjaya mendorong ke arah penganugerahan Anugerah Penarafan 5 Bintang PIBK menjadi milik SK St Mary.
Teruskan sokongan dan membantu pihak sekolah serta pihak PIBG demi kejayaan semua Puteri Jelita SK St Mary πΉ
Terima kasih semua ❤️πππΉπ
Jadual waktu operasi penjualan buku di Kedai Buku Sekolah adalah seperti di atas π
* Buat masa ini masa ada beberapa buah judul buku yang belum sampai. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terima kasih semua ibu bapa dan penjaga ❤️
PENAFIAN
SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.