JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Showing posts with label KSIB SK ST MARY. Show all posts
Showing posts with label KSIB SK ST MARY. Show all posts

Monday, January 8, 2018

SUMBANGAN BAJA DAN BIJI BENIH OLEH JABATAN PERTANIAN

Terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Pertanian Gombak, Selangor atas sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah. 
 
Antaranya ialah:
1. Sabut kelapa
2. Garden tools
3. Biji benih
4. Pasu panjang 
5. Plant booster
6. Peatmoss
7. Tray semaian
Sumbangan ini akan digunakan untuk aktiviti Kelab Pencinta Alam@Clic. Diharapkan sumbangan ini dapat merealisasikan usaha murni sekolah ke arah kemenjadian murid dalam melahirkan usahawan tani yang berjaya.


Wakil guru dan KSIB iaitu Puan Rohaya dan Encik Johar bersama En Fazli dari Jabatan Pertanian Gombak, Selangor.



Antara sumbangan yang diberikan kepada pihak sekolah.
Share:

Tuesday, August 23, 2016

KSIB Aktif Membantu Sekolah Dan PIBG Dalam Pelbagai Aktiviti | KSIB Cemerlang Sentul

 
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) pada tahun ini telah mengaktifkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Rakan-rakan KSIB yang terdiri dari ibu bapa dikendali di bawah biro Sarana.

Gambar di bawah merupakan sebahagian rakan KSIB sekolah yang sentiasa membantu pihak sekolah dan pihak PIBG dalam pelbagai aspek seperti tenaga, ilmu dan wang ringgit. 😊 Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas bantuan tuan dan puan demi keselesaan semua murid.

Terdapat sekitar 70 +- rakan KSIB yang aktif untuk membantu apa jua yang diperlukan oleh pihak Sekolah. Semoga rakan-rakan KSIB SK St. Mary yang aktif ini meningkat dari semasa ke semasa seiring dengan anjakan ke 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mengalakkan ibu bapa dan pihak sekolah dapat bekerjasama demi kecemerlangan sekolah.


πŸ“Œ Kepada ibu bapa yang masih belum mendaftar sebagai rakan KSIB dan berminat bolehlah menghubungi AJK PIBG yang dilantik. πŸ™‹

#KSIB
#RakanKSIB
#IbuBapaAktif
#PIBG
Share:

Thursday, April 21, 2016

Lawatan Festival Kerjaya Murid Tahun 4 Berlian | Aktiviti KSIB 2016

KSIB dalam Lawatan Festival Kerjaya di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Seramai 4 orang KSIB telah turut serta dalam lawatan ini. Tujuan penyertaan KSIB ialah untuk membantu guru pengiring untuk mengawal disiplin murid - murid semasa lawatan. Setiap wakil KSIB mengetuai kumpulan murid semasa lawatan, murid akan bergerak dalam satu kumpulan yang telah ditetapkan.









Semoga melalui lawatan ini, murid - murid mendapat gambaran yang sebenar dunia pekerjaan yang akan mereka tempuhi nanti. Terima kasih wakil KSIB yang telah membantu dalam lawatan ini.
Share:

Wednesday, February 24, 2016

Program Keceriaan Kelas | Aktiviti KSIB 2016

Program Keceriaan Kelas merupakan program yang memerlukan penglibatan KSIB yang ramai dalam memastikan kelancaran program ini. Melalui penglibatan KSIB, guru kelas akan dapat meringankan beban serta berkerjasama menghiaskan kelas anak masing - masing. Tambahan pula, ibu juga dapat berbual dan saling mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah, "tak kenal, maka tak cinta"

Kerjasama yang erat antara guru dan ibu bapa KSIB dapat memberikan 1001 faedah kepada semua pihak. Semoga lebih ramai ahli baharu KSIB yang akan turut serta dalam program yang akan datang.


Ibu bapa sedang kusyuk menyiapakan alas meja kelas anak masing - masing.









Kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa amat membantu guru kelas memastikan keceriaan kelas dapat disiapkan secepat yang mungkin.




KSIB sentiasa bersedia untuk membantu pihak sekolah dalam pelbagai aktiviti yang direncanakan demi keselesaan murid. Marilah kita bersama - sama membantu dan menyumbang sesuatu untuk sekolah. Muafakat membawa berkat.
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN