Satu sesi taklimat kepada barisan pengawas sekolah telah diadakan di lobi sekolah pada hari ini. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Sulhana Lockman selaku guru badan pengawas.
PERANAN SEORANG PENGAWAS
- Mengawal disiplin murid.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid.
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
- Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
- Memimpin rakan-rakan (murid lain).
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru.
- Tidak berat sebelah dalam tugas harian.
- Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
- Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
- Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
- Mempengaruhi murid lain untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
- Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
- Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin.
Semoga dapat memperkasakan lagi Unit Disiplin dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada semua. Doa kami semoga anak-anak ini berjaya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berjaya.
Syabas dan tahniah.