JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Thursday, January 11, 2018

LADAP MEMBINA TAPAK PEMBELAJARAN FROG VLE | PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Pada hari ini telah diadakan sesi Latihan Dalam Perkhidmatan atau juga dikenali sebagai LADAP. Semua guru di SK St. Mary diwajibkan hadir ke sesi LADAP ini. Tujuan program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga kerja yang berkualiti dan berketerampilan dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap positif.
Tarikh : 11 Januari 2018
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer SK St. Mary, KL

LADAP disampaikan oleh : 
Pn. Nor Asmaruzie Mohd Zain (GPK Kokurikulum) 
En. Muhammad Amin Shafiq Seman (Guru ICT)

Tujuan utama sesi LADAP kali ialah bagi mempelajari cara untuk memuat turun tapak pembelajaran melalui sumber yang terdapat dalam Frog Vle. Selain itu, tujuan kedua ialah mendedahkan kepada guru tentang cara-cara membina satu tapak pembelajaran (site) PdPc Frog Vle yang paling pantas, berkesan dan menarik dengan menggunakan widget Media, Text dan Wall.
Guru - guru mengaplikasi secara terus cara - cara yang diterangkan oleh Puan Asmaruzie menggunakan komputer atau laptop masing - masing.

Puan Asmaruzie menunjukkan panduan untuk memuat turun dan menyalin contoh tapak pembelajaran yang ada dalam Frog Vle. Melalui cara ini, guru akan lebih mudah untuk menambah baik, tapak pembelajaran yang sedia ada dan berkongsi tapak pembelajaran tersebut bersama rakan guru yang lain.


Sesi LADAP ini juga turut dibantu oleh beberapa orang AJK Frog Vle sekolah bagi memberikan bimbingan kepada guru semasa sesi amali.

Penerangan cara memuat turun tapak pembelajaran Frog Vle oleh Pn. Asmaruzie Mohd Zain, GPK Kokurikulum.

Penerangan cara pembinaan tapak pembelajaran menggunakan widget Media, Text dan Wall oleh En. Muhammad Amin Shafiq Seman, Guru ICT. 

Guru - guru tekun mencuba mengaplikasikan teknik - teknik yang telah ditunjukkan.

Perhatian yang serius ditunjukkan oleh semua guru semasa penerangan diberikan agar tidak terlepas teknik - teknik yang diterangkan.


Fokus semasa penerangan diberi.

Guru - guru mencuba membina tapak pembelajaran mengikut topik yang diajarkan.

Pembinaan tapak pembelajaran Frog Vle oleh semua guru SK St. Mary, Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru dapat menyiapkan sebuah tapak pembelajaran berasaskan Frog Vle yang menarik dan interaktif.

Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN