JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Showing posts with label UNIT HEM 2019. Show all posts
Showing posts with label UNIT HEM 2019. Show all posts

Wednesday, January 16, 2019

PROGRAM LALUAN MERCU KECEMERLANGAN PUTERI JELITA | MEMBUDAYAKAN AMALAN 4S KEMENJADIAN MURID



Program Laluan Mercu Kecemerlangan telah dilancarkan di Sekolah Kebangsaan St Mary, Kuala Lumpur pada 15 Januari 2019.Usaha ini dilakukan untuk membendung masalah disiplin dan menjaga keselamatan warga sekolah khususnya murid-murid.



Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkah laku yang prihatin untuk menjamin suasana pembelajaran agar dapat berjalan dengan baik.

Justeru, pihak sekolah mengambil inisiatif awal dengan mewujudkan persekitaran sekolah selamat dengan menetapkan laluan pada waktu datang dan balik bagi setiap kelas.

Murid-murid diajar cara-cara bergerak dalam barisan serta menaiki dan menuruni tangga dengan betul. Budaya ini secara langsung dapat meningkatkan tahap keselamatan dan disiplin murid-murid.

Budaya 4S iaitu “Senyum, Salam, Sapa, Selalu” juga diterapkan agar murid-murid mengenali dan mengamalkan budaya sopan dalam kehidupan seharian. Latihan simulasi ini mendapat kerjasama padu daripada warga sekolah.

Gambar-gambar sepanjang proses latihan simulasi ❤️















Semoga usaha murni pihak sekolah ini dapat melahirkan kemenjadian murid yang kaya dengan budi pekerti yang mulia dan unggul. 😍
Share:

Wednesday, January 9, 2019

TAKLIMAT SAYANGI BUKU TEKS PUTERI JELITA TAHUN 1 SESI 2019



Pada hari Rabu 9 Januari 2019, Unit Skim Pinjaman Buku Teks SK St Mary telah mengadakan sesi Taklimat Sayangi Buku Teks bersama Puteri Jelita Tahun 1 sesi 2019.






Mohon kerjasama semua ibu bapa dan penjaga untuk memastikan buku teks anak dibalut dengan kemas dan ditulis nama murid pada setiap buku teks yang diterima. 😘

πŸ’• Sayangi Buku Teks, Amanah Buat Kita Semua πŸ’•
Share:

PUTERI JELITA MEMBUDAYAKAN NILAI MURNI MENJAGA KEBERSIHAN KANTIN SEKOLAH



Unit Hal Ehwal Murid SK St Mary sentiasa memupuk budaya nilai murni Puteri-puteri Jelita di SK St Mary.











Membudayakan amalan menjaga kebersihan semasa di kantin sekolah merupakan antara aspek yang dititikberatkan bagi mengekalkan kebersihan dan keceriaan di kantin.

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya mengamalkan amalan baik ini demi keselesaan semua warga SK St Mary 😍
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN