Program Laluan Mercu Kecemerlangan telah dilancarkan di Sekolah Kebangsaan St Mary, Kuala Lumpur pada 15 Januari 2019.Usaha ini dilakukan untuk membendung masalah disiplin dan menjaga keselamatan warga sekolah khususnya murid-murid.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkah laku yang prihatin untuk menjamin suasana pembelajaran agar dapat berjalan dengan baik.
Justeru, pihak sekolah mengambil inisiatif awal dengan mewujudkan persekitaran sekolah selamat dengan menetapkan laluan pada waktu datang dan balik bagi setiap kelas.
Murid-murid diajar cara-cara bergerak dalam barisan serta menaiki dan menuruni tangga dengan betul. Budaya ini secara langsung dapat meningkatkan tahap keselamatan dan disiplin murid-murid.
Budaya 4S iaitu “Senyum, Salam, Sapa, Selalu” juga diterapkan agar murid-murid mengenali dan mengamalkan budaya sopan dalam kehidupan seharian. Latihan simulasi ini mendapat kerjasama padu daripada warga sekolah.
Gambar-gambar sepanjang proses latihan simulasi ❤️
Semoga usaha murni pihak sekolah ini dapat melahirkan kemenjadian murid yang kaya dengan budi pekerti yang mulia dan unggul. ๐