Pada 31 Disember 2018, pihak sekolah telah mengadakan Sesi LADAP Pemantapan PAK21 di Bilik Mesyuarat Sekolah. Sesi LADAP ini dikelolakan oleh Encik Bahaudin bin Manaf dan Encik Afendi.
Dalam sesi kali ini, guru-guru diberikan pendedahan tentang pengaplikasian proses PDPC bercorakkan PAK21 yang menarik. Sekolah St Mary telah dipilih untuk menjadi sekolah Showcase PAK21 bermula sesi 2019.
Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memantapkan pemahaman para guru terhadap aspek PAK21.
Salam Tahun Baharu 2019.
Terima kasih atas sokongan semua. Sama-sama kita jadikan 2019 tahun lebih cemerlang untuk terus memartabatkan pendidikan.