JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Showing posts with label SUKAN 2018. Show all posts
Showing posts with label SUKAN 2018. Show all posts

Monday, January 22, 2018

LENSA DI KEJOHANAN BOLA BALING ZON SENTUL 2018

 

Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Sentul telah berlangsung pada hari ini iaiti 22 Januari 2018. Kejohanan ini diadakan di SMK Taman Bukit Maluri. Pasukan Bola Baling SK St. Mary berada dalam satu kumpulan bersama SK Intan Baiduri, SK Kiaramas dan SK Segambut.

Keputusan Perlawanan :
1. SK St. Mary 0 - 2 SK Intan Baiduri
2. SK St. Mary 3 - 3 SK Kiaramas
3. SK St. Mary 0 - 1 SK Segambut

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang menyertai kejohanan kali ini. Semangat juang yang tinggi ditunjukkan dalam kejohanan ini. Teruskan usaha di masa akan datang !

Bergambar sebelum bermulanya perlawanan menentang sekolah -sekolah lain.

PENUH semangat dan bersedia untuk memberikan saingan kepada pasukan pihak lawan.

Cikgu Azran menerangkan strategi permainan sebelum perlawanan dimulakan.

PEACE.. tetap bersemangat tanpa mengira siapa pasukan lawan.

Najwa dan Amisha merupakan antara pemain utama dalam Pasukan Bola Baling SK St. Mary pada tahun ini.

Tentangan sengit yang diberikan kepada pihak lawan sebelum tumpas 1 gol berbalas 0.

Persembahan yang menarik dan bersungguh - sungguh dipamerkan oleh semua. Namun, nasib tidak menyebelahi kita. Kita perlu meningkatkan lagi usaha untuk menjadi Sang Juara !

Share:

Tuesday, January 16, 2018

LATIHAN BOLA BALING PASUKAN SEKOLAH

Pada petang ini, telah diadakan sesi latihan bola baling sebagai persediaan untuk pertandingan peringkat zon. Seramai 18 orang murid telah dipanggil untuk menjalani latihan.



Namun seramai 12 orang sahaja yang akan dipilih untuk mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Pemilihan akan dibuat oleh 3 orang guru penilai mengikut kriteria - kriteria yang ditetapkan.


Murid-murid melakukan regangan sebelum memulakan sesi latihan pada petang ini.


Murid-murid mendengar penerangan oleh jurulatih sebelum sesi latihan hari ini ditamatkan.

Latihan akan disambung pada hari esok, murid-murid yang mengikuti latihan diharap dapat melakukan persediaan...
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN