JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Showing posts with label KEMENJADIAN MURID. Show all posts
Showing posts with label KEMENJADIAN MURID. Show all posts

Friday, September 21, 2018

PROGRAM TEMU MURNI AKADEMIK BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 1 RAYA



Pada hari telah berlangsungnya Program Temu Murni Akademik bersama ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 1 Raya. Program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai prestasi anak-anak dalam bidang akademik.





Hubungan dua hala antara guru dan ibu bapa / penjaga murid akan pasti memberikan impak yang positif dalam proses pembelajaran anak-anak di sekolah.





Guru besar turut hadir meluangkan masa dalam program pagi ini bersama para ibu bapa. Pihak sekolah sentiasa memberikan fokus terhadap kemenjadian murid-murid dan tahap penguasaan akademik semua murid.



Adalah menjadi harapan dan impian pihak sekolah untuk melihat semua murid berjaya menunjukkan tahap pencapaian akademik yang membanggakan. πŸ’

Setiap murid mempunyai potensi dalam diri mereka untuk berubah dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik khasnya.

Semoga pertemuan ini memberikan impak yang positif kepada semua pihak😘🌹
Share:

Monday, June 4, 2018

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MALAYSIA 2.0

Pada minggu lepas, Panitia Bahasa Malaysia telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Malaysia buat kali kedua bagi tahun 2018 😍




Penceramah yang dijemput merupakan seorang guru yang bergalaman dalam bidang penandaan markah Bahasa Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ





Semoga input yang diberikan kepada murid dapat digunakan dalam peperiksaan yang akan datang.





Semoga semua calon PPSR pada tahun ini dapat bersedia bermula sekarang dan semoga St. Mary terus unggul pada tahun ini. πŸ’–
Share:

Thursday, April 26, 2018

SUASANA KEHANGATAN SUKANTARA 2018

Temasya Sukan Olahraga 2018 kian hampir. Semua rumah sukan sedang berusaha gigih mengumpul mata bagi rumah masing-masing. Sepanjang minggu ini telah berlangsungnya Sukantara antara rumah sukan. Saksikan kehangatan suasana sepanjang berlangsungnya  sesi Sukantara 2018.

 Murid-murid melakukan sesi pemanasan badan sebelum menyertai acara - acara yang telah dijadualkan kepada mereka.

 Penuh bersemangat dan tidak sabar untuk turun ke padang bagi mengutip mata sebanyak yang mungkin untuk rumah sukan masing-masing.

 Peserta sedang bersedia di garisan permulaan dan fokus mendengar arahan daripada guru yang bertugas.

 Cikgu Wahida dan Cikgu Suhaili berbincang tentang acara yang akan berlangsung sebentar lagi.

 Sorakan pembakar semangat oleh guru rumah sukan kepada ahli rumahnya.

 Cikgu Yuhana memberikan tunjuk ajar kepada murid sebelum mereka memulakan larian.

 Peserta rumah sukan Playne bersiap sedia untuk memulakan acara Lompat Jauh dengan diperhatikan oleh Cikgu Azran.

 Walaupun penat berlari, lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi, namun tetap seronok...
 
 Masing-masing tersenyum dan bersedia untuk memulakan acara Sukantara.

Cikgu Fatima Nathan memberikan kata-kata semangat kepada murid-muridnya sebelum mereka memulakan acara lompat tinggi.

 Peserta rumah sukan Pring memulakan sesi lompat jauh dengan diperhatikan oleh Cikgu Wahida dan Cikgu Azran selaku pencatat mata.

 Murid-murid kelihatan berdebar semasa melihat acara lompat tinggi yang sedang berlangsung di padang.

 Fokus yang padu ditunjukkan oleh murid tahun 6 untuk memulakan acara larian.


Larian yang penuh bertenaga dipamerkan oleh peserta rumah Pring bagi mengutip mata penuh dalam acara Sukantara ini.

Teruskan berusaha dan buktikan rumah sukan anda yang terbaik ! Yang terhebat pasti menjadi JUARA SUKAN OLAHRAGA 2018...
Share:

Monday, April 23, 2018

ANUGERAH AMAZING PRINCESS & PUTERI JELITA SESI APRIL 2018

Pada hari ini telah berlangsungnya Anugerah Amazing Princess & Puteri Jelita bagi sesi April 2018. Diucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah pada sesi ini. Anugerah ini secara asasnya diadakan bagi mendorong dan melatih murid untuk berketrampilan, mempunyai semangat cinta akan sekolah, bersikap positif, sentiasa yakin, bersemangat dan menjadi suri tauladan kepada murid-murid yang lain dengan menunjukkan contoh-contoh amalan terbaik dalam urusan seharian sepanjang berada di sekolah.

Tahniah Puteri Jelita April 2018.



Tahniah Amazing Princess April 2018

Semoga murid-murid lain akan terus berusaha untuk turut sama menerima anugerah yang penuh bermakna ini.
Share:

Monday, April 16, 2018

PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP



Pada minggu ini telah diadakan Perhimpunan Unit Beruniform Pengakap. Beberapa orang ahli Pengakap telah ditugaskan untuk menguruskan perhimpunan pada pagi ini.









Tahniah Persatuan Unit Beruniform Pengakap kerana telah berjaya mengelolakan perhimpunan pada pagi ini.
Share:

Monday, April 9, 2018

GAMBAR SEMASA PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK ANTI DADAH TAHUN 4 DAN TAHUN 5

Pada hari Jumaat 6 April 2018 yang lalu telah diadakan Pertandingan Deklamasi Sajak Anti Dadah bagi Tahun 4 dan Tahun 5. 


  Berikut merupakan gambar - gambar semasa program berlangsung.
 








Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN