Temasya Sukan Olahraga 2018 kian hampir. Semua rumah sukan sedang berusaha gigih mengumpul mata bagi rumah masing-masing. Sepanjang minggu ini telah berlangsungnya Sukantara antara rumah sukan. Saksikan kehangatan suasana sepanjang berlangsungnya sesi Sukantara 2018.
Murid-murid melakukan sesi pemanasan badan sebelum menyertai acara - acara yang telah dijadualkan kepada mereka.
Penuh bersemangat dan tidak sabar untuk turun ke padang bagi mengutip mata sebanyak yang mungkin untuk rumah sukan masing-masing.
Peserta sedang bersedia di garisan permulaan dan fokus mendengar arahan daripada guru yang bertugas.
Cikgu Wahida dan Cikgu Suhaili berbincang tentang acara yang akan berlangsung sebentar lagi.
Sorakan pembakar semangat oleh guru rumah sukan kepada ahli rumahnya.
Cikgu Yuhana memberikan tunjuk ajar kepada murid sebelum mereka memulakan larian.
Peserta rumah sukan Playne bersiap sedia untuk memulakan acara Lompat Jauh dengan diperhatikan oleh Cikgu Azran.
Walaupun penat berlari, lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi, namun tetap seronok...
Masing-masing tersenyum dan bersedia untuk memulakan acara Sukantara.
Cikgu Fatima Nathan memberikan kata-kata semangat kepada murid-muridnya sebelum mereka memulakan acara lompat tinggi.
Peserta rumah sukan Pring memulakan sesi lompat jauh dengan diperhatikan oleh Cikgu Wahida dan Cikgu Azran selaku pencatat mata.
Murid-murid kelihatan berdebar semasa melihat acara lompat tinggi yang sedang berlangsung di padang.
Fokus yang padu ditunjukkan oleh murid tahun 6 untuk memulakan acara larian.
Larian yang penuh bertenaga dipamerkan oleh peserta rumah Pring bagi mengutip mata penuh dalam acara Sukantara ini.
Teruskan berusaha dan buktikan rumah sukan anda yang terbaik ! Yang terhebat pasti menjadi JUARA SUKAN OLAHRAGA 2018...