Pada hari ini 14 April 2018 telah berlangsungnya Gotong-royong Perdana PIBG bersama V4KL dan DBKL. Gambar di atas menunjukkan keadaan semasa proses memperindah ruang rehat kantin sekolah sedang dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru.
 |
Tayar-tayar terpakai digunakan sebagai tempat duduk di ruangan rehat kantin sekolah. |
 |
Tayar-tayar ini diwarnakan dengan warna-warna yang menarik dan cantik. |
 |
Kawasan sekitar longkang juga dipastikan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat oleh krew-krew di sini. |
 |
Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba mengecat tayar-tayar terpakai ini bersama ibu bapa dan guru. |
 |
Cantiknya warna oren kan..hihihi |
 |
Sarah dan Emelda tidak sabar untuk mengecat tayar-tayar ini... |
 |
Krew - krew berkerjasama memastikan ruangan rehat ini dapat disiapkan pada hari ini. |
 |
Terima kasih diucapkan kepada penyumbang tayar-tayar terpakai ini untuk digunakan di ruang rehat kantin sebagai tempat duduk. |