Pada 5 Februari 2020 telah berlangsungnya Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 peringkat sekolah di Dewan St. Mary, Kuala Lumpur. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran AJK PIBG, warga KSIB, Alumni St. Mary dan tetamu-tetamu jemputan khas.
Sambutan Tahun Baharu Cina 2020 turut diserikan lagi dengan empat persembahan khas oleh Puteri-Puteri Jelita dan persembahan tarian singa oleh komuniti setempat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir bagi memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina bagi sesi 2020.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang bagi menjayakan sambutan kali ini.
Semoga SK St. Mary akan terus kekal cemerlang dan melahirkan Puteri-Puteri Jelita yang berketrampilan dan berdaya saing yang tinggi seterusnya akan menjadi modal insan yang terbaik serta membanggakan kedua ibu - bapa.
#UnitedAndStrong