JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Showing posts with label PIBK. Show all posts
Showing posts with label PIBK. Show all posts

Wednesday, December 12, 2018

ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2018



Pada hari ini 11 Disember 2018, Sekolah Kebangsaan St Mary telah menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Tahun 2018. Anugerah ini disampaikan oleh Haji Ismail bin Musa iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SK St Mary atas kejayaan yang cemerlang ini. 🌹 Anugerah ini merupakan simbolik kerjasama dan sokongan oleh semua warga SK St Mary dan juga para ibu bapa serta pihak komuniti yang pelbagai.


Sebanyak 5 buah sekolah telah dipilih untuk menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Tahun 2018. PIBK SK ST MARY telah berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh pihak JPWPKL bagi sesi 2018. Tambahan pula, PIBK SK ST MARY menjadi wakil JPWPKL Zon Sentul bagi Penilaian Pengurusan PIBK Cemerlang peringkat kebangsaan.

Pihak sekolah dan juga PIBG ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas segala sokongan, bantuan, kerjasama serta komitmen yang telah diberikan kepada pihak sekolah dalam semua aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 ini.



Di kesempatan ini juga, pihak sekolah dan pihak PIBG juga ingin mengucapkan setinggi - tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua komuniti yang turut sama memberikan bantuan dan sokongan kepada SK St Mary.

Sokongan warga komuniti sepanjang 2018 amat membanggakan dan telah berjaya mendorong ke arah penganugerahan Anugerah Penarafan 5 Bintang PIBK menjadi milik SK St Mary.

Teruskan sokongan dan membantu pihak sekolah serta pihak PIBG demi kejayaan semua Puteri Jelita SK St Mary 🌹

Terima kasih semua ❤️πŸ’–πŸ’•πŸŒΉπŸ˜˜
Share:

Tuesday, October 9, 2018

PEMANTAUAN PENARAFAN 5 BINTANG PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI SK ST MARY



Pada hari ini 9 Oktober 2018, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada panel pemantauan Penarafan 5 Bintang PIBK peringkat JPWPKL. Antara pegawai yang hadir ialah Puan Faridah Hanim, Puan Fara Dhila dan Encik Normadi dari Unit Perhubungan JPWPKL.


Beberapa orang AJK PIBG turut hadir bagi memberikan sokongan dalam pemantauan kali ini iaitu Puan Marie, Puan Sachpreet, Puan Sharifah dan Encik Suresh. Bekas YDP PIBG sesi 2017/2018 juga turut hadir iaitu Puan Teo Pow Lee. Terima kasih diucapkan atas kesudian tuan puan memberikan sokongan dalam pemantauan kali ini.


Puan Marie selaku wakil PIBG hadir bagi membentangkan amalan terbaik pengurusan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti di SK St Mary. Terima kasih diucapkan kepada beliau atas kesudian untuk menjadi pembentang pada hari ini.










Antara dokumentasi dan laporan yang akan dipantau oleh para pegawai yang hadir. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus untuk mengumpulkan dan menyiapkan laporan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan PIBK 2017 hingga 2018.





Alhamdulillah pemantauan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti hari ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada pihak sekolah, PIBG, PIBK dan KSIB yang menjadi tonggak utama dalam kecemerlangan ini. 🌹 Alone We Can Do So Little, Together We Can Do So Much πŸ’

Semoga segala usaha murni yang dirancang dan yang telah dilaksanakan akan memberikan kebaikan dan keselesaan kepada semua pihak terutamanya murid-murid di SK St Mary 🌹
Share:

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN