JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, October 9, 2018

PEMANTAUAN PENARAFAN 5 BINTANG PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI SK ST MARY



Pada hari ini 9 Oktober 2018, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada panel pemantauan Penarafan 5 Bintang PIBK peringkat JPWPKL. Antara pegawai yang hadir ialah Puan Faridah Hanim, Puan Fara Dhila dan Encik Normadi dari Unit Perhubungan JPWPKL.


Beberapa orang AJK PIBG turut hadir bagi memberikan sokongan dalam pemantauan kali ini iaitu Puan Marie, Puan Sachpreet, Puan Sharifah dan Encik Suresh. Bekas YDP PIBG sesi 2017/2018 juga turut hadir iaitu Puan Teo Pow Lee. Terima kasih diucapkan atas kesudian tuan puan memberikan sokongan dalam pemantauan kali ini.


Puan Marie selaku wakil PIBG hadir bagi membentangkan amalan terbaik pengurusan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti di SK St Mary. Terima kasih diucapkan kepada beliau atas kesudian untuk menjadi pembentang pada hari ini.










Antara dokumentasi dan laporan yang akan dipantau oleh para pegawai yang hadir. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus untuk mengumpulkan dan menyiapkan laporan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan PIBK 2017 hingga 2018.





Alhamdulillah pemantauan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti hari ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada pihak sekolah, PIBG, PIBK dan KSIB yang menjadi tonggak utama dalam kecemerlangan ini. 🌹 Alone We Can Do So Little, Together We Can Do So Much πŸ’

Semoga segala usaha murni yang dirancang dan yang telah dilaksanakan akan memberikan kebaikan dan keselesaan kepada semua pihak terutamanya murid-murid di SK St Mary 🌹
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN