JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Monday, January 29, 2018

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

Pada 29 Januari 2018, Panitia BM dan Panitia BI telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bengkel ini diadakan di dewan SK St. Mary dan disampaikan oleh Puan Asmah Norazeeah (BM) dan Puan Fatima Nathan (BI). Bengkel ini bermula jam 8.45 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Murid Tahun 4 bersemangat mendengar ilmu yang disampaikan oleh Puan Asmah mengenai aspek soalan dalam ujian.

Murid mencatat nota tentang soalan Bahasa Malaysia untuk Tahun 4.

Puan Fatimah Nathan menyampaikan penerangan tentang kertas soalan Bahasa Inggeris untuk murid Tahun 4.



Murid - murid mendengar dengan penuh teliti.


Penggunaan visual dalam sesi penerangan teknik menjawab Bahasa Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Dato Tajul Ariffin atas sumbangan projektor untuk dewan sekolah.

Murid tekun mengaplikasikan ilmu yang disampaikan oleh guru.


Nota yang dicatat akan menjadi  panduan kepada murid-murid.




Sudut pandangan dari atas dewan sekolah.



Murid - murid melihat video penerangan Soalan Kertas 1 dan Soalan Kertas 2 yang disediakan oleh Puan Asmah.

Semoga murid-murid mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai aspek - aspek yang bakal ditanya dalam kertas soalan peperiksaan nanti. Terima kasih Cikgu Asmah dan Cikgu Fatima atas perkongsian ilmu pada hari ini.
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN