Konsep pendidikan dengan Smart Classroom memang menjadi keistimewaan bagi para pelajar di abad ke-21. Teknologi telah merubah cara hidup manusia, dan jika hal itu adalah untuk kebaikan, mengapa tidak?
Pada 4 Januari 2018, satu sesi taklimat tatacara penggunaan sistem Smart Classroom telah diadakan kepada guru-guru di SK St. Mary di Bilik Reka Bentuk & Teknologi (SmartClassroom) oleh syarikat EduGroup.
Sebagai info tambahan, SMK St. Mary juga turut menyediakan kemudahan SmartClassroom ini di beberapa buah kelas bagi memudahkan dan meningkatkan kualiti dan keberkesanan PdPc murid-murid.
Dalam taklimat, guru - guru telah didedahkan secara langsung mengenai panduan menggunakan peralatan yang telah dibekalkan oleh EduGroup.
1. Sony Projector with cage (3200 lumens)
2. Logitech Wireless Presenter
3. Wireless Keyboard & Mouse
4. IntelCompute Stick
5. DeepFreeze System
6. On Off Procedure
Disamping itu, guru - guru juga didedahkan tentang penggunaan Frog Vle, Frog Play, Widget Site, dan Google Drive serta contoh-contoh pembelajaran menggunakan kemudahan SmartClassroom.
Antara objektif keperluan ‘Smart Classroom’ adalah seperti yang berikut :
a. Untuk kegunaan PdPc murid Tahun 6 sebagai alat bantuan pengajaran dalam persediaan menghadapi PPSR.
b. Untuk membolehkan guru dan murid mengakses internet bagi mendapatkan bahan-bahan bantuan mengajar secara terus semasa proses PdPc berlangsung.
c. Mendedahkan kepada murid proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti melalui
penggunaan teknologi maklumat sebagai medium dalam PdPc.
d. Integrasi dengan Modul Pembelajaran serta Buku Digital.
Encik John Tiew selaku wakil utama EduGroup memberikan penerangan mengenai ciri - ciri dan kualiti perkakasan yang telah dibekalkan kepada guru. |
Encik Edward juga menerangkan cara - cara penggunaan alat kawalan tanpa wayar dan tip-tips semasa PdPc. |
Para guru mencatat input - input yang sedang disampaikan oleh wakil EduGroup. |
Guru besar turut hadir bersama dalam taklimat SmartClassroom pada petang ini. Beliau turut mengingatkan guru agar dapat memaksimakan penggunaan kemudahan yang telah disediakan ini. |
Ucapan oleh guru besar. |
Encik Edward juga menerangkan cara - cara penggunaan alat kawalan tanpa wayar dan tip-tips semasa PdPc. |
Smart Classroom biasanya dianggap seperti menonton filem di bioskop, gambar-gambar bergerak digunakan untuk menyampaikan pembelajaran. Input-input yang penuh visual ini sangat eye-catching dan murid akan mudah terhubung dengan bahan pembelajaran. Hal ini disebabkan kerana panca indera penglihatan dan pendengaran mereka terlibat dan seterusnya membantu mereka untuk mengingat maklumat dengan lebih cepat dan efektif.