JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Tuesday, January 9, 2018

PENGGUNAAN SMART CLASSROOM DALAM PDPC MURID TAHUN 6

Pada hari ini, guru-guru yang mengajar di kelas tahun 6 telah mula mencuba sesi PDPC dengan menggunakan kemudahan Smart Classroom yang disediakan.



Respon yang positif daripada murid-murid tahun 6. Kemudahan secara visual ini akan dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu tajuk pembelajaran.


Puan Pairoseha bersama Puan Suhaila mencuba kemudahan Smart Classroom dalam waktu pengajaran mereka.


Murid-murid lebih fokus terhadap visual yang dipancarkan oleh guru subjek berkenaan. Hal ini secara tidak langsung akan menarik minat murid untuk memahami topik yang sedang dipelajarinya.

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya PIBG 2017/2018, Alumni St. Mary, warga Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan beberapa NGO yang telah memberikan sumbangan ikhlas dalam menjayakan usaha menyediakan kemudahan Smart Classroom ini.

Semoga murid-murid dan guru-guru dapat menggunakan dan menghargai kemudahan yang disediakan ini dengan sebaiknya dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan lain-lain lagi.

Muafakat Membawa Berkat

I Serve
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN