JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Wednesday, August 29, 2018

HARI KEDUA LAWATAN SAMBIL BELAJAR GRADUAN UNIVERSITI OKAYAMA DAN UNIVERSITI SHINSHU DARI JEPUN



Pada hari ini 28 Ogos 2018, graduan Universiti Okayama dan Universiti Shinsu meneruskan aktiviti seterusnya yang melibatkan lebih ramai murid. Aktitiviti yang pertama ialah Fan Drawing yang diadakan di Bengkel Reka Bentuk & Teknologi (Smart Classroom). Cik Yumi Goto merupakan graduan yang mengetuai aktiviti untuk sesi ini.

Murid-murid berada di dalam kumpulan masing-masing semasa menjalankan aktiviti Fan Drawing ini. Aktiviti dapat menguji daya kreativiti murid dalam menghasilkan sebuah kipas yang menarik dan unik.

Para graduan meninjau gerak kerja setiap kumpulan dan memberikan bantuan kepada kumpulan yang memerlukan penerangan yang lebih terperinci.



Cik Ngan turut hadir sama bagi merasai pengalaman mempelajari perkataan (KANJI) bahasa Jepun. Aktiviti ini dijalankan secara didik hibur iaitu sesi pembelajaran secara menyeronokkan.

Murid - murid berkerjasama antara satu sama lain mengikut kumpulan mereka.

Pensyarah mereka turut bersama memantau sesi aktiviti yang dijalankan pada pagi ini.

Kemudahan Smart Classroom yang disediakan di Bengkel RBT amat membantu melancarkan perjalanan aktiviti pada pagi ini. Murid - murid dapat meningkatkan kefahaman mereka melalui pembelajaran secara visual. Murid - murid diperkenalkan 4 musim yang dialami oleh negara Jepun.






Murid memberikan fokus semasa penerangan mengenai cara menulis huruf bahasa Jepun.




Bunga Sakura - Bunga ini merupakan salah satu bunga yang terkenal di negara Jepun.

Aktiviti kedua ialah Camping & Recreation yang diadakan di Bilik Media (Smart Classroom) dan diketuai oleh Cik Miyuki Nakayama.
Guru juga mengambil peluang untuk mencuba aktiviti yang dijalankan ini.

Wajah yang ceria melihat nyalaan lilin dihasilkan. Lilin merupakan antara item yang penting dan berguna semasa menyertai aktiviti Camping & Recreation.


Gambar kenangan setelah tamat aktiviti.


Murid - murid menghasilkan perkataan dalam bahasa Jepun.


Murid - murid kelihatan tidak sabar untuk menghasilkan perkataan yang seterusnya.

Aktiviti ketiga ialah Origami yang diadakan di Makmal Sains (Smart Classroom) dan diketuai oleh Cik Yuna UEKI.
Cikgu Lee Chui Mei memberikan penerangan kepada murid - murid mengenai aktiviti yang akan dijalankan sebentar nanti.

Disamping itu, murid- murid juga didedahkan dengan kebudayaan yang terdapat di negara Jepun.

Murid - murid melihat dengan lebih dekat tentang cara - cara membuat origami.

Penerangan Cik Yuna iaitu langkah demi langkah menghasilkan origami diberikan kepada setiap kumpulan.

Antara reaksi murid - murid semasa mengikuti sesi membuat origami.



Akhirnya berjaya menghasilkan origami TOP !

Masing - masing mempamerkan hasil kerja origami sambil tersenyum bahagia.


Senyum




Tahniah semua kerana berjaya menghasilkan origami TOP yang begitu mencabar.

Aktiviti keempat ialah mempelajari dan memahami budaya di negara Jepun.
Murid - murid melihat poster budaya yang ditunjukkan oleh guru.
 


Murid - murid melibatkan secara aktif sepanjang sesi aktiviti dijalankan.

Antara rangkuman budaya yang terdapat di negara Jepun.


 Aktiviti kelima yang dijalankan ialah Sugoroku yang melibatkan murid Tahun 6 (Pendidikan Moral). Kelas 6 Seroja mempunyai kemudahan Smart Classroom yang amat membantu murid - murid melihat gambaran sesuatu perkara melalui capaian internet di sekolah.


Perbincangan secara berkumpulan bagi mengasah kemahiran berfikiran aras tinggi.




Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai tanda kenang - kenangan sebelum berakhirnya aktiviti Sugoroku.
 Aktiviti terakhir pada hari ini ialah Art : Fan Making yang dikendalikan oleh Cik Miku Miyajima. 



Hasil kerjaya yang berjaya disiapkan oleh Puteri Jelita yang kreatif.


 Guru SK St. Mary bersama guru dari Universiti Okayama Jepun.

Pelbagai manfaat telah diperoleh murid - murid sepanjang mengikuti aktiviti hari kedua ini. Aktiviti seterusnya akan disambung pada hari esok. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan segala aktiviti yang telah dirancangkan.
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN