JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Friday, August 31, 2018

HARI KEEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR GRADUAN UNIVERSITI OKAYAMA DAN UNIVERSITI SHINSHU DARI JEPUN

Aktiviti yang pertama pada hari ini ialah muzik yang melibatkan murid - murid daripada kelas 3 Mawar.

 Semua murid berasa amat seronok dan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama guru - guru dari negara Jepun ini.

 Suasana kelas begitu meriah dengan suara - suara murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti bermain muzik.

 Masing - masing menumpukan perhatian semasa penerangan diberikan supaya mereka tidak terlepas langkah-langkah yang penting.

 Aktiviti seterusnya pada hari ini ialah bertajuk Karuta. Aktiviti ini melibatkan semua murid kelas 4 Mawar. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang berasaskan penggunaan kad gambar.


 Panduan bermain permainan Karuta turut dipamerkan di hadapan kelas. Permainan ini akan dapat meningkatkan tahap fokus dan kepantasan mata dan tangan.
 

 Murid - murid perlu menumpukan perhatian dan mencari gambar bagi perkataan yang dibacakan dalam bahasa Jepun oleh guru.








Pada hari ini, aktiviti yang terakhir  ialah Rope Jump yang melibatkan murid - murid dari kelas Tahun 3 Mawar. Guru - guru dari Jepun menunjukkan cara-cara melompat di atas tali yang berpusing-pusing.




Setiap murid diberikan tali lompatan untuk dicuba sehingga berjaya melakukannya. Murid - murid sangat seronok dapat mencuba melakukan lompat tali ini bersama guru - guru dari negara Jepun.

Alhamdulillah segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga murid - murid dapat mencontohi amalan nilai - nilai murni yang dipelajari sepanjang program kali ini...
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN