JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI 52100 KUALA LUMPUR

Monday, August 27, 2018

HARI PERTAMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR GRADUAN UNIVERSITI OKAYAMA DAN UNIVERSITI SHINSHU DARI JEPUN



Pada hari ini 27 Ogos 2018, kita telah menerima kunjungan graduan Universiti Okayama dan Universiti Shinshu dari Jepun. Kumpulan graduan ini akan menjalankan beberapa siri aktiviti pembelajaran bersama murid-murid di SK St. Mary bermula hari ini sehingga hari Khamis. Turut hadir bersama ialah Puan Radzita Binti Radzi selaku Timbalan Pegawai Pendidikan PPW Sentul πŸ˜ŠπŸ’


Guru besar menyampaikan ucapan alu-aluan kepada delegasi lawatan sebelum meneruskan program seterusnya. Program ini merupakan program jaringan peringkat antarabangsa antara pihak sekolah dan universiti berkenaan.


Delegasi ini diberikan peluang untuk mencuba menu masakan tempatan iaitu nasi lemak dan kuih-muih yang sedap. 😁


Delegasi ini juga dibawa untuk meninjau keunikkan pusat sumber sekolah yang telah memenangi johan peringkat JPWPKL.




Mereka juga melihat kaedah pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.



Mereka juga sempat melawat kantin sekolah dan menemu bual pengusaha kantin sekolah. Kantin sekolah juga telah berjaya menerima anugerah Kafeteria Sihat 2018 ♥️






Makmal komputer juga sempat dilawati oleh delegasi bagi melihat sesi pembelajaran menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah. Murid-murid menjawab soalan berkenaan Hari Kebangsaan 2018 di sesawang Frog VLE mereka.

Aktiviti seterusnya akan bersambung pada hari esok dengan aktiviti yang lebih menarik..
Share:
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN

Name

Email *

Message *

PENAFIAN

SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

JUMLAH PELAWAT

Blog Archive

SESI LATIHAN MINGGUAN (BERBAYAR)

BADMINTON
SETIAP KHAMIS
1.00 - 3.00 PETANG

TAEKWANDO
SETIAP JUMAAT
12.15 - 2.00 PETANG

ROBOTIK
SETIAP ISNIN
1.15 - 2.15 PETANG

BERITA PILIHAN