Pada 13 Februari 2018, pihak sekolah telah menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada murid yang kurang berkemampuan. Upacara penyampaian ini disempurnakan oleh Cik Ngan Wai Fun selaku guru besar SK St. Mary dan disaksikan oleh Puan Siti Norlisa (GPK HEM) dan Puan Lee.
Semoga dengan adanya sumbangan ini, dapatlah menceriakan dan meringankan perbelanjaan untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini.