Hari Orientasi Puteri-puteri Jelita Tahun 1 telah diadakan pada 28 Disember 2018. Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua Puteri Jelita Tahun 1 dan para ibu bapa / penjaga ke Sekolah Kebangsaan St Mary, Kuala Lumpur. 😘
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa proses orientasi ini. Antaranya murid-murid dibawa melawat ke kawasan sekolah bersama guru-guru yang bertugas mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh penyelaras. Murid-murid...
Sunday, December 30, 2018
GOTONG-ROYONG KEBUN CLIC SK ST MARY
Pada hari ini 29 Disember 2018, Kelab Kebun Clic telah mengadakan gotong-royong bersama beberapa orang ibu bapa murid-murid di St Mary ❤️ Aktiviti ini bermula sekitar jam 8.30 pagi.
Kelab Kebun Clic dan Unit PIBK SK St Mary ingin mempelawa ibu bapa dan penjaga yang mempunyai kelapangan masa untuk turut hadir bersama bergotong-royong 😍
Lensa aktiviti yang srmpat dirakam pada hari ini 🤩
Terima kasih atas kerjasama semua yang...
Wednesday, December 12, 2018
ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN 2018
Pada hari ini 11 Disember 2018, Sekolah Kebangsaan St Mary telah menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti Tahun 2018. Anugerah ini disampaikan oleh Haji Ismail bin Musa iaitu Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SK St Mary atas kejayaan yang cemerlang ini. 🌹 Anugerah ini merupakan simbolik kerjasama dan sokongan oleh semua warga SK St Mary...
Monday, December 3, 2018
MAKLUMAN WAKTU OPERASI KEDAI BUKU SEKOLAH
Jadual waktu operasi penjualan buku di Kedai Buku Sekolah adalah seperti di atas 😍
* Buat masa ini masa ada beberapa buah judul buku yang belum sampai. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terima kasih semua ibu bapa dan penjaga...
Friday, November 30, 2018
PEMAKAIAN KASUT DAN STOKIN 2019
Berdasarkan kenyataan media KPM jelas menyatakan KPM akan melaksanakan pemakaian kasut dan stokin berwarna hitam secara beransur - ansur (soft landing). Pemakaian penuh adalah pada 2021.
Semoga mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua ibu bapa dan penjaga Puteri Jelita di Sekolah Kebangsaan St Mary...

BORANG MAKLUM BALAS / CADANGAN / SUMBANGAN
PENAFIAN
SK St. Mary adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SK St. Mary, Kuala Lumpur.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.